LAWATAN MENGEJUT BAHAGIAN AKAUN KKTP [2025-08-21]
Pada 21 Ogos 2025, satu lawatan mengejut telah diadakan oleh Bahagian Akaun, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) yang diketuai oleh Encik Wan Sweehairi bin Jumang Akauntan KKTP, bersama-sama Encik Fadhullah Haji Ali Pembantu Tadbir Kewangan dan Puan Roslina Yangin juga Pembantu Tadbir Kewangan. Lawatan ini bertujuan untuk menilai, menyemak serta memastikan tatacara kewangan dan rekod perakaunan di lokasi yang dilawati berada dalam keadaan teratur, mematuhi peraturan semasa, serta selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.








