MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS BAGI SESI 2025-2027 MAJLIS DAERAH NABAWAN [2025-05-26]
Majlis Angkat Sumpah Dan Penyampaian Watikah pelantikan Ahli Majlis Daerah Nabawan bagi sesi 2025 hingga 2027 telah di adakan pada 26 Mei 2025 di Pagalan Room, Hotel juta Keningau bermula jam 8.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin, Ahli Dewan Undangan Negeri N.46 Nabawan, merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, turut hadir bersama Penolong Setiausaha Intergriti Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Encik Faezun Bin Jaafar mewakili Setiausaha Tetap KKTP, Pegawai Daerah Nabawan Encik Marshal Bin Anthony selaku Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Ketua Polis Daerah Keningau YDH SUPT Yampil Anak Garai dan Tuan Hj. Mohd Saidi bin Hj. Mohd Ibrahim Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan










