MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BIL. 1/2026 [2026-04-29]


Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil. 1/2026 telah diadakan pada 29 April 2026 (Rabu) jam 8.30 pagi, dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Tuan Marshal Bin Anthony. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Saidi Bin Haji Mohd Ibrahim, Ahli-ahli Majlis Daerah Nabawan serta semua Ketua Unit Majlis Daerah Nabawan. Mesyuarat bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan dan kedudukan kewangan semasa bagi memastikan tadbir urus kewangan yang lebih cekap dan berkesan.