OPERASI PEMERIKSAAN GERAI MAJLIS DAERAH NABAWAN BERSAMA UNIT PENGUATKUASA, UNIT KESIHATAN, UNIT PEMBANGUNAN DAN UNIT HASIL MAJLIS DAERAH NABAWAN [2025-07-01]
Operasi bersama ini telah diadakan pada 01 Julai 2025 bermula pada Jam 8.30 Pagi. Operasi ini di ketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Majlis Encik Iman Hamizan Kapit Abdullah dan turut serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Puan Amirah Hasinin dan Penolong Jurutera Encik Mohd Sufi bin Jasni dan Pembantu Kewanagan Cik Alvolena Alexander. Antara yang diperiksa oleh Pihak Majlis adalah berkenaan tunggakan sewa gerai, Lesen Operasi, Kad Kesihatan, Kebersihan kawasan premis, dan pemeriksaan bangunan gerai Majlis.













