OPS BERSEPADU PEMERIKSAAN GERAI DAN KEDAI SEDCO MAJLIS DAERAH NABAWAN [2026-04-28]


Operasi bersepadu pemeriksaan gerai oleh Majlis Daerah Nabawan telah dilaksanakan pada 28 April 2026 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Operasi ini melibatkan penyertaan Unit Penguatkuasa, Unit Kesihatan, Unit Perlesenan, Unit Pembangunan dan Unit kewangan/ Hasil Majlis Daerah Nabawan bersama wakil KPDN. Tujuan utama operasi adalah untuk memastikan pematuhan peniaga terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk aspek kebersihan, pelesenan serta kawalan harga. Sepanjang pelaksanaan, beberapa pemeriksaan dan teguran telah diberikan bagi meningkatkan tahap pematuhan serta memastikan persekitaran perniagaan yang selamat dan teratur.