PEMERIKSAAN OLEH LEMBAGA PEMERIKSA TAHUNAN BAGI TAHUN 2025 MAJLIS DAERAH NABAWAN [2026-01-02]
Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa Akhir Tahun 2025 bagi Majlis Daerah Nabawan telah dilaksanakan pada 02 Januari 2026 bermula pada Jam 8.00 Pagi sebagai sebahagian daripada proses pemantauan dan penilaian pengurusan kewangan, aset serta rekod pentadbiran majlis. Pemeriksaan ini telah dikendalikan oleh ahli panel pemeriksa yang terdiri daripada Encik Samson bin Nasib @ Antan dan Puan Aineh Binti Hambar. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan, prosedur kewangan dan garis panduan yang ditetapkan, di samping meningkatkan tahap ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan pengurusan. Dapatan serta syor yang dikemukakan oleh Lembaga Pemeriksa diharap dapat membantu Majlis Daerah Nabawan menambah baik sistem tadbir urus dan memperkukuhkan pengurusan organisasi secara berterusan.







.jpg)
