PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN [2026-05-07]
Program Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 07 Mei 2026 jam 9.00 pagi bertempat di Majlis Daerah Nabawan. Penilaian ini telah dijalankan oleh Siti Nabilah Binti Mahdum dan Zulfadli Bin Nordin. Program ini bertujuan menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT dalam aktiviti kesihatan persekitaran agar selaras serta mematuhi dasar, akta, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Selain itu, audit turut menilai aspek penggunaan, penyimpanan dan keperluan semasa bahan serta peralatan program kesihatan persekitaran, di samping mewujudkan budaya kecemerlangan prestasi perkhidmatan berasaskan persaingan sihat dalam kalangan PBT serta menilai pencapaian KPI standard PBAT dan KPI Program Kesihatan Persekitaran di PBT



 KESIHATAN PERSEKITARAN/IMG-20260508-WA0006.jpg)
 KESIHATAN PERSEKITARAN/IMG20260507153610.jpg)
 KESIHATAN PERSEKITARAN/IMG20260507153724.jpg)
 KESIHATAN PERSEKITARAN/IMG20260507170519.jpg)
 KESIHATAN PERSEKITARAN/IMG20260507170604.jpg)
 KESIHATAN PERSEKITARAN/IMG20260507171756.jpg)