PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH NABAWAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025. [2026-02-05]


Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Daerah Nabawan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 telah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Sabah pada 2 Februari 2026 hingga 5 Februari 2026. Kerja-kerja pengauditan ini untuk menilai ketepatan, kebolehpercayaan serta pematuhan penyata kewangan terhadap piawaian dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Pengauditan tersebut telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai audit iaitu Puan Yusra Binti Mohamad, Puan Norhayati Binti Nuru, Puan Suzrina Binti Sagap dan Encik Nazri Bin Balo.