PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2025 [2025-09-27]


NABAWAN, 27 Sept – Program Hari Cuci Malaysia 2025 ini berlangsung meriah bermula jam 8.00 pagi, peserta bergotong-royong membersihkan kawasan awam, kawasan dewan serbaguna dan premis komuniti, Majlis Daerah Nabawan memberi tumpuan kepada kerja pembersihan dan menjadi platform untuk menyemai semangat cintakan kebersihan, perpaduan dan rasa tanggungjawab bersama terhadap kelestarian alam sekitar. Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia dengan sasaran 100,000 penyertaan, menjadikan Hari Cuci Malaysia 2025 sebagai gerakan besar-besaran untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan harmoni.