SLAF2025 SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE FESTIVAL [2025-11-06]
Majlis Daerah Nabawan telah menyertai Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025 yang berlangsung pada 6 November 2025 hingga 9 November 2025 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Festival ini merupakan program yang menghimpunkan pihak berkuasa tempatan bagi mempromosikan inovasi dan kreativiti dalam bidang seni bina landskap Rekaan booth Majlis Daerah Nabawan menampilkan struktur gua yang dibentuk daripada bahan kitar semula, lengkap dengan atap rumbia, perahu kayu dan hiasan buluh yang berinteraksi lembut dengan tiupan angin. Setiap elemen melambangkan “suara alam” mesej tentang keseimbangan, kedamaian dan kelestarian yang lahir dari alam hijau Nabawan.







