WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) BAGI DAERAH NABAWAN DAN DAERAH KECIL PAGALUNGAN BAGI SESI 2026–2030 [2026-04-09]


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan bagi sesi 2026–2030 telah berlangsung dengan jayanya pada April 2026 dan disempurnakan oleh Datuk Abdul Ghani Datuk Haji Mohamed Yassin. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Daerah Nabawan serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah ini turut menampilkan sesi ceramah berkaitan penguatkuasaan lesen minuman keras yang disampaikan oleh Encik Pearl A. Bisit, Penolong Pegawai Tadbir dari Majlis Daerah Nabawan. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform rasmi pelantikan JKKK, malah turut memberi pendedahan penting kepada para pemimpin kampung dalam aspek tadbir urus dan pematuhan peraturan semasa.