OPERASI BAZAAR RAMADAN 2026 MAJLIS DAERAH NABAWAN
Pada 03 Mac 2026 (Selasa) bermula jam 3.00 petang, satu Operasi Bazaar Ramadan 2026 akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Nabawan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Pejabat Kesihatan Nabawan. Operasi ini bertujuan memastikan kelancaran dan pematuhan peraturan dalam kalangan peniaga sepanjang penganjuran Bazaar Ramadan. Pemeriksaan akan memberi tumpuan kepada aspek pematuhan lesen perniagaan, kawalan harga dan pelabelan barangan, tahap kebersihan dan keselamatan makanan di tapak jualan. Selain itu, pemantauan turut dilaksanakan bagi memastikan pengendalian makanan yang bersih dan selamat, keadaan persekitaran bazaar yang teratur, serta pematuhan garis panduan kesihatan awam demi melindungi kesejahteraan pengguna.


