PROGRAM PROMOSI PBTPay DAN PEMBAHARUAN PERJANJIAN TAWARAN PENYEWAAN GERAI , PENYEWA KIOSK DAN MEDAN SELERA MAJLIS DAERAH NABAWAN.
Program mempromosi penggunaan PBTPay dan Pembaharuan Perjanjian Tawaran Penyewaan Gerai dan Kiosk Majlis Daerah Nabawan telah diadakan pada 11 Ogos 2026, bermula jam 8.00 pagi. Program ini bertujuan memberikan penerangan kepada para penyewa berkaitan kemudahan PBTPay sebagai platform pembayaran dalam talian, serta proses dan syarat pembaharuan perjanjian tawaran penyewaan gerai, kiosk dan Medan Selera Majlis Daerah Nabawan. Taklimat PBTPay telah disampaikan oleh Puan Sayuti Angin, Penolong Akauntan, manakala penerangan berkaitan pembaharuan perjanjian penyewaan telah disampaikan oleh Encik Pearl A. Bisit, Penolong Pegawai Tadbir, Majlis Daerah Nabawan.


