SLAF2025 SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE FESTIVAL [2025-11-06]


Majlis Daerah Nabawan telah menyertai Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025 yang berlangsung pada 6 November 2025 hingga 9 November 2025 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Festival ini merupakan program yang menghimpunkan pihak berkuasa tempatan bagi mempromosikan inovasi dan kreativiti dalam bidang seni bina landskap Rekaan booth Majlis Daerah Nabawan menampilkan struktur gua yang dibentuk daripada bahan kitar semula, lengkap dengan atap rumbia, perahu kayu dan hiasan buluh yang berinteraksi lembut dengan tiupan angin. Setiap elemen melambangkan “suara alam” mesej tentang keseimbangan, kedamaian dan kelestarian yang lahir dari alam hijau Nabawan.



Lihat Koleksi

PERBINCANGAN BERKENAAN PENGOPERASIAN MENARA TELEKOMUNIKASI MILIK TETUAN TM TECHNOLOGY SERVICES SDN BHD YANG BERADA DI DALAM KAWASAN MAJLIS DAERAH NABAWAN, SABAH [2025-10-16]


Pihak TM Technology Services Sdn Bhd (TM) telah membuat satu sesi Mesyuarat bersama Bahagian Pembangunan, Majlis Daerah Nabawan, Negeri Sabah bagi membincangkan beberpa isu berkaitan pengoperasian menara telekomunikasi di kawasan Majlis Daerah Nabawan pada 16 Oktober 2025 Jam 10.00 Pagi



Lihat Koleksi

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2025 [2025-09-27]


NABAWAN, 27 Sept – Program Hari Cuci Malaysia 2025 ini berlangsung meriah bermula jam 8.00 pagi, peserta bergotong-royong membersihkan kawasan awam, kawasan dewan serbaguna dan premis komuniti, Majlis Daerah Nabawan memberi tumpuan kepada kerja pembersihan dan menjadi platform untuk menyemai semangat cintakan kebersihan, perpaduan dan rasa tanggungjawab bersama terhadap kelestarian alam sekitar. Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia dengan sasaran 100,000 penyertaan, menjadikan Hari Cuci Malaysia 2025 sebagai gerakan besar-besaran untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan harmoni.



Lihat Koleksi

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PASAR AWAM DAN PASAR IKAN PEKAN NABAWAN 2025. [2025-09-23]


NABAWAN, 23 September 2025 – Program Gotong-Royong Membersihkan Pasar Awam dan Pasar Ikan Pekan Nabawan 2025 telah dilaksanakan oleh Unit Kesihatan Majlis Daerah Nabawan, Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Nabawan serta kerjasama para peniaga pasar. Aktiviti gotong-royong ini merangkumi kerja-kerja pembersihan menyeluruh di kawasan pasar termasuk mencuci longkang, mengutip sampah sarap dan membersihkan kawasan persekitaran.



Lihat Koleksi

LAWATAN MENGEJUT BAHAGIAN AKAUN KKTP [2025-08-21]


Pada 21 Ogos 2025, satu lawatan mengejut telah diadakan oleh Bahagian Akaun, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) yang diketuai oleh Encik Wan Sweehairi bin Jumang Akauntan KKTP, bersama-sama Encik Fadhullah Haji Ali Pembantu Tadbir Kewangan dan Puan Roslina Yangin juga Pembantu Tadbir Kewangan. Lawatan ini bertujuan untuk menilai, menyemak serta memastikan tatacara kewangan dan rekod perakaunan di lokasi yang dilawati berada dalam keadaan teratur, mematuhi peraturan semasa, serta selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.



Lihat Koleksi

OPERASI UNIT PENGUATKUASA BERSAMA KPDN KENINGAU [2025-08-13]


Telah diadakan pada 13 Ogos 2025, bersama KPDN Keningau bermula jam 9.00 pagi sekitar Pekan Nabawan



Lihat Koleksi

PROGRAM GOTONG-ROYONG RAKAN LESTARI 2025 [2025-08-12]


Telah diadakan pada 12 Ogos 2025, bersama Komuniti rakan Lestari Tadika Consolata Nabawan bermula pada Jam 8.30 Pagi hingga 1.00 tengahari



Lihat Koleksi

SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN PELUASAN PBTPAY DI MAJLIS DAERAH NABAWAN OLEH JABATAN KERAJAAN TEMPATAN [2025-08-01]


Sesi Libat Urus bagi pelaksanaan peluasan PBT Pay di Majlis Daerah Nabawan telah diadakan pada 01 Ogos 2025, diketuai oleh Encik Omrah Bin Omar Timbalan Ketua Pengarah JKt bersama Juliana Binti Baderi Ketua Penolong Pengarah JKT, Mohamad Zubir Bin Sidi Penolong Pengarah Kanan JKT dan Mohd Shahrill Bin Lazim Penolong Pengarah Kanan JKT



Lihat Koleksi

OPERASI PEMERIKSAAN GERAI MAJLIS DAERAH NABAWAN BERSAMA UNIT PENGUATKUASA, UNIT KESIHATAN, UNIT PEMBANGUNAN DAN UNIT HASIL MAJLIS DAERAH NABAWAN [2025-07-01]


Operasi bersama ini telah diadakan pada 01 Julai 2025 bermula pada Jam 8.30 Pagi. Operasi ini di ketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Majlis Encik Iman Hamizan Kapit Abdullah dan turut serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Puan Amirah Hasinin dan Penolong Jurutera Encik Mohd Sufi bin Jasni dan Pembantu Kewanagan Cik Alvolena Alexander. Antara yang diperiksa oleh Pihak Majlis adalah berkenaan tunggakan sewa gerai, Lesen Operasi, Kad Kesihatan, Kebersihan kawasan premis, dan pemeriksaan bangunan gerai Majlis.



Lihat Koleksi

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS BAGI SESI 2025-2027 MAJLIS DAERAH NABAWAN [2025-05-26]


Majlis Angkat Sumpah Dan Penyampaian Watikah pelantikan Ahli Majlis Daerah Nabawan bagi sesi 2025 hingga 2027 telah di adakan pada 26 Mei 2025 di Pagalan Room, Hotel juta Keningau bermula jam 8.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin, Ahli Dewan Undangan Negeri N.46 Nabawan, merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, turut hadir bersama Penolong Setiausaha Intergriti Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Encik Faezun Bin Jaafar mewakili Setiausaha Tetap KKTP, Pegawai Daerah Nabawan Encik Marshal Bin Anthony selaku Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Ketua Polis Daerah Keningau YDH SUPT Yampil Anak Garai dan Tuan Hj. Mohd Saidi bin Hj. Mohd Ibrahim Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan



Lihat Koleksi

Majlis Daerah Nabawan menyumbangkan Tong Kitar semula kepada Tadika Our Lady Consolata pada 7 Mei 2025 jam 9.00 pagi [2025-05-07]


Majlis Daerah Nabawan menyumbangkan Tong Kitar semula kepada Tadika Our Lady Consolata pada 7 Mei 2025, Sekaligus MDN telah melantik Tadika Our Lady Consolata sebagai salah satu AJK Rakan Lestari MDNabawan tahun 2025



Lihat Koleksi

TAKLIMAT BAZAR RAMADAN TAHUN 2025 DAN LAWATAN TAPAK BAZAR RAMADAN [2025-02-28]


DIpengerusikan oleh Encik Iman Hamizan Kapit Abdullah Penolong Pegawai Penguat Kuasa Majlis Daerah Nabwan, taklimat Bazar Ramadan kepada peniga bagi tahun 2025 disampaikan oleh Puan Nur Amirah Hasinin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Nabwan dan Encik Clifford Jones Elligius Pegawai Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Nabawan. Lawatan tapak Bazar Oleh Unit Penguatkuasa dan Puan Nur Amirah Hasinin (PPKP) bersama peniaga Bazar.



Lihat Koleksi

SAMBUTAN PERAYAAN HARI NATAL 2024 MAJLIS DAERAH NABAWAN [2025-01-20]




Lihat Koleksi

PENYERAHAN MEJA DAN PERALATAN KEPADA PERNIGA TAMU NABAWAN [2025-01-17]




Lihat Koleksi

UNDANGAN MENGHADIRI MESYUARAT PEGAWAI EKSEKUTIF BERSAMA STAFF LUAR DAN PENGURUSAN [2025-01-09]




Lihat Koleksi

PEMERIKSAAN TAHUNAN UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI MAJLIS DAERAH NABAWAN TAHUN 2025 [2025-01-02]


Pemeriksaan tahunan ini telah dijalankan pada 02 Januari 2025 (Khmais) pada jam 8.00 pagi.



Lihat Koleksi

OPERASI MENGUTIP TUNGGAKAN HASIL MAJLIS [2024-11-26]


Operasi mengutip tunggakan bagi lesen operasi, sewa gerai majlis, kiosk, pasar am dan pasar ikan telah dilaksanakan pada 26.11.2024 (Selasa) operasi bersama Unit Hasil dan Unit Penguat kuasa Majlis Daerah Nabawan.



Lihat Koleksi

PROGRAM SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE DAY (SLAD) & SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS (SLAA) 2024 [2024-10-31]


Membudayakan Kecintaan Terhadap Landskap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengambil Inisiatif untuk menganjurkan Program SLAD dan SLAA 2024. Majlis Daerah Nabawan antara PIhak Berkuasa Tempatan yang menyertai Pertandiangan tersebut. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.



Lihat Koleksi

MAJLIS RINGKAS PENGOPERASIAN MEDAN SELERA MAJLIS DAERAH NABAWAN [2024-09-18]


Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan Lot Medan Selera



Lihat Koleksi

SAMBUTAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DAN TEMASYA SUKAN ANTARA JABATAN DAERAH NABAWAN. [2024-07-29]


Pejabat Kesihatan Nabawan telah menganjurkan Sambutan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Temasya Sukan Antara Jabatan Daerah Nabawan sepanjang Julai 2024 sehingga acara kemuncak pada 26 Julai 2024(Jumaat). Sebanyak 8 pasukan yang akan bertanding melibatkan 31 Agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan. Sebanyak 20 Kategori sukan yang telah dipertandingkan. PDN,MDN, Kompleks Sukan dan KBS adalah pasukan gabungan bagi kumpulan biru. Ketua Kontinjen untuk Kumpulan biru adalah Encik Pearl A Bisit Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Nabawan manakala Ketua Pasukan bolasepak lelaki adalah Encik Mumin Amsah Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan. Kumpulan gabungan ini telah mendapat Johan dalam sukan Futsal lelaki Emas, bagi acara Bolasepak Lelaki mendapat tempat Ketiga Gangsa dan Futsal Wanita juga mendapat tempat Ketiga Gangsa.



Lihat Koleksi

1 HOUR CLEAN-UP [2024-07-12]


Program dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Nabawan Peringkat Daerah Nabawan



Lihat Koleksi

MINGGU INTEGRITI 2024 [2024-07-03]


Majlis Pelancaran Minggu Integriti Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menterii II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah secara dalam talian.



Lihat Koleksi

PEMERIKSAAN KEDAI GUNTING RAMBUT DAERAH NABAWAN 2024 [2024-06-13]


Pemeriksaan dan pemantauan Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Nabawan di premis gunting rambut di sekitar Pekan Nabawan pada 13.06.2024 (khamis) bermula jam 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari



Lihat Koleksi

JEMPUTAN OPERASI BERSAMA JABATAN DI DAERAH NABAWAN 2024 [2024-06-12]


Pihak KPDN Cawangan Keningau telah mengadakan Operasi Bersama Unit Penguatkuasa, Unit Kesihatan Majlis Daerah, Pejabat Kesihatan Nabawan dan Pegawai Daerah Nabawan Encik Peter Jiton . pemeriksaan tamu/premis di Daerah Nabawan telah diadakan pada 12 Jun 2024 ( Rabu) bermula jam 9.00 Pagi.



Lihat Koleksi

PROGRAM RAKAN LESTARI 2024 [2024-06-11]


Majlis Daerah Nabawan mengadakan Program Gotong-Royong mengindahkan dan mencantikkan Taman Awam Pekan Nabawan, sekitar perkarangan Pejabat Majlis Daerah Nabawan dan Taman Poket Pekan Nabawan pada 11 Jun 2024 (Selasa) bermula pada 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang



Lihat Koleksi

GOTONG ROYONG SEMPENA PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH NABAWAN DAN DAERAH KECIL PEGALUNGAN TAHUN 2024 [2024-05-10]


Gotong royong dihadiri bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan.



Lihat Koleksi

PEMANGKASAN POKOK [2024-05-03]


Aktiviti: Pemangkasan pokok daripada Unit Kebersihan dan Perkhidmatan Bandar untuk menempatkan Kiosk Baru di Medan Sri Sumila Pekan Nabawan



Lihat Koleksi

OPERASI PEMERIKSAAN BAZAR NABAWAN 2024. [2024-03-25]


Operasi Pemeriksaan Bazar Nabawan 2024 dengan kerjasama Unit Kesihatan, Unit Penguatkuasa dan Unit Hasil Majlis Daerah Nabawan pada 25.03.2024.



Lihat Koleksi

PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) BAGI TAHUN 2024 [2024-03-19]


Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membuat Penilaian Penarafan Bintang kepada Majlis Daerah Nabawan pada 19 Mac 2024 (Selasa) bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah melaksanakan Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 ke atas 153 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merangkumi Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.



Lihat Koleksi

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH NABAWAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 [2024-03-11]


Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Daerah Nabawan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 telah diadakan pada 11 Mac 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Sipadan, Wisma Audit Sabah,Kota Kinabalu dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mona Binti Othman Pengarah Audit Negeri Sabah



Lihat Koleksi

OPERASI PENGHAPUSAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES DI KAWASAN PERKARANGAN PEJABAT MAJLIS DAERAH NABAWAN [2024-02-28]


Gotong-royong bersama Kakitangan Majlis membersihkan kawasan perkarangan Pejabat Majlis Daerah Nabawan, dan Dewan Sebaguna Majlis pada 28.02.2024



Lihat Koleksi

PROGRAM LAWATAN KEMBARA KE PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SABAH 2024 OLEH YANG BERHORMAT TIMBALAN KETUA MENTERI II MERANGKAP MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH KE MAJLIS DAERAH NABAWAN. [2024-02-19]


Program Lawatan Kembara ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah oleh Timbalan Ketua Menteri II Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Dr Juachim Gunsalam ke Majlis Daerah Nabawan telah diadakan pada 19 Februari 2024 jam 3.00 petang. Turut hadir bersama adalah Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berhormat Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Jamili Nais, Setiausaha Rendah Operasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Puan Asiah Ismail. Rombongan disambut oleh Pegawai Daerah Nabawan Tuan Peter Jiton merangkap Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Tuan Mumin Amsah, Ahli-Ahli Majlis dan Kakitangan Majlis Daerah Nabawan.



Lihat Koleksi

PELUPUSAN REKOD AWAM MAJLIS DAERAH NABAWAN [2024-01-30]


Majlis Daerah Nabawan telah melaksanakan aktiviti Pelupusan Rekod Awam Majlis Daerah Nabawan pada 30 januari 2024 hingga 31. Januari 2024 dengan bantuan Puan Sabariah Hj Matnin, Puan Nabilah Fatanah Binti ABu Talip dan Puan Nur Faezzah Binti Ismail daripada Jabatan Arkib Negeri Sabah.



Lihat Koleksi

SAMBUTAN PERAYAAN HARI NATAL MAJLIS DAERAH NABAWAN [2024-01-10]


Sambutan hari Natal Majlis Daerah Nabawan pada 10 Januari 2024 (Rabu)



Lihat Koleksi

PROGRAM OROU KATULAIAN AM PASISIMPUNGAN 1.0, PIBG SKL 2023 [2023-12-14]


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Nabawan Puan Nur Amirah Hasinin di jemput bagi memberi taklimat kepada pihak sekolah mengenai, peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengangani Isu Anjing Liar.



Lihat Koleksi

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH NABAWAN [2023-11-15]


MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH NABAWAN BIL.2/2023 TARIKH : 15 NOVEMBER 2023 MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT MAJLIS DAERAH NABAWAN



Lihat Koleksi

OPERASI BERSAMA MEMANTAU KAWASAN PEKAN NABAWAN [2023-11-08]


Operasi bersama memantau kawasan pekan Nabawan telah diadakan pada 08.11.2023. Antara yang terlibat dalam menjayakan operasi ini terdiri daripada Ahli Majlis Daerah Nabawan, Jabatan Kesihatan Nabawan, Balai Polis Nabawan dan Jabatan veterinar Nabawan



Lihat Koleksi

PENYERAHAN SUMBANGAN BAJA KOMPOS DAN ANAK POKOK BUNGA. [2023-10-25]


Penyerahan sumbangan baja kompos dan anak pokok bunga kepada Penyelia Tadika Consolata Nabawan, Sr Maria



Lihat Koleksi

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) DI TAMU NABAWAN [2023-10-21]




Lihat Koleksi

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG BANDAR DAN PELAN PEMBANGUNAN MAJLIS DAERAH NABAWAN [2023-10-20]




Lihat Koleksi

GOTONG ROYONG KAKITANGAN MAJLIS DAERAH NABAWAN [2023-10-19]




Lihat Koleksi

Lawatan sambil belajar di Tadika Our Lady, Nabawan, bersama Sr. Maria [2023-10-03]




Lihat Koleksi

KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DENGAN KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR DAN MAJLIS DAERAH NABAWAN SEMPENA MUSIM PENCIPTAAN DAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA(HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SABAH [2023-10-02]




Lihat Koleksi

UJIAN SARINGAN AIR KENCING KAKITANGAN MAJLIS DAERAH NABAWAN [2023-09-20]




Lihat Koleksi

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MAJLIS DAERAH KENINGAU [2023-09-18]




Lihat Koleksi

PERSIDANGAN TAHUNAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SABAH TAHUN 2023 [2023-09-11]


Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah menganjurkan Persidangan Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2023 pada 07 September 2023 hingga 09 September 2023. Majlis Daerah Nabawan telah diwakili oleh Pegawai Eksekutif Encik Mumin Amsah, Penolong Pegawai Tadbir Encik Pearl A Bisit dan Penolong Jurutera Encik Muhd. Sufi Jasni



Lihat Koleksi

GOTONG-ROYONG PERDANA [2023-09-05]


Majlis Daerah Nabawan telah mengadakan gotong-royong perdana sempena bulan kebangsaan 2023 pada 05 September 2023 bermula pada jam 7.00 pagi. Objektif gotong royong perdana ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan Pekan Nabawan, antara yang turut serta dalam program ini terdiri daripada Jabatan Kerajaan, peniaga dan Kakitangan Majlis Daerah Nabawan.



Lihat Koleksi

OPERASI BERSAMA [2023-08-23]


Pihak KPDNKK cawangan Keningau telah mengadakan operasi bersama dengan Majlis Daerah Nabawan, Jabatan Kesihatan Nabawan dan Balai Polis Daerah Nabawan pada 23 Ogos 2023 bermula pada jam 9.15 Pagi. Pemeriksaan termasuk Gerai, tapak tamu dan premis perniagaan di sekitar Daerah Nabawan. dalam Operasi tersebut pemeriksaan tanda harga, lesen dan kebersihan premis telah dilakukan.



Lihat Koleksi

BENGKEL RESOLUSI I HIJAU [2023-08-22]


Majlis Daerah Nabawan telah menyertai Bengkel Resolusi I Hijau Tindakan Bersepadu PBT dan Masyarakat Zon 2 memfokuskan kepada cadangan atau kaedah penyelesaian masalah persekitaan setempat menerusi pendekatan Inisiatif HIJAU KKTP sejajar dengan usaha melestarikan amalan hijau bagi menyokong Pembangunan Lestari, Hala Tuju Sabah Maju Jaya - Pelan Pembangunan SMJ 1.0:2021-2025, Dasar Landskap Negeri Sabah dan Inisiatif KKTP ke Arah Masyarakat Rendah Karbon. Majlis Daerah Nabawan diwakili oleh Pegawai Eksekutif, semua Ketua Unit dan 14 orang Ahli Majlis Daerah Nabawan di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau pada 22 ogos 2023, 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Lihat Koleksi

BENGKEL PERLINDUNGAN DAN PEMELIHARAAN POKOK WARISAN . [2023-08-02]


Unit Kesihatan Majlis Daerah Nabawan telah menyertai Bengkel Perlindungan dan Pemeliharaan Pokok Warisan / Natif Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sabah pada 2 Ogos 2023 bertempat di Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang Tenom



Lihat Koleksi

PERTUKARAN PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH NABAWAN [2023-07-17]


Sesi serah tugas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Encik Harun Ariffin dengan Encik Mumin Amsah telah diadakan pada 17 Julai 2023 bertempat di bilik mesyuarat Majlis Daerah Nabawan pada Jam 10.00 Pagi dihadiri oleh Pengerusi Majlis Encik Peter Jilton, Ketua-Ketua Unit dan semua kakitangan Majlis Daerah Nabawan.



Lihat Koleksi

PROGRAM KESEDARAN TATATERTIB PBT [2023-06-22]




Lihat Koleksi

PROGRAM KESEDARAN PENGGUNA BIJAK DAN GOTONG ROYONG PERDANA. [2023-03-02]




Lihat Koleksi