Selamat Datang Ke Majlis Daerah Nabawan...

Pengumuman

TIADA PENGUMUMAN BUAT MASA INI

Berita

HARI CUCI MALAYSIA 2026 | MAJLIS DAERAH NABAWAN

Majlis Daerah Nabawan telah melaksanakan Program Hari Cuci Malaysia 2026 pada 26 September 2026, bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dewan, mengutip sampah, membersihkan longkang dan sisa mendapan lumpur, mencuci kawasan dewan serta kerja-kerja pemangkasan dan pencantasan dahan pokok. Program ini diadakan bagi menyemarakkan budaya menjaga kebersihan serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera.

OPERASI PENANGKAPAN ANJING LIAR

Pada 21 hingga 24 September 2026 (Isnin hingga Khamis), Unit Penguatkuasaan, Majlis Daerah Nabawan telah melaksanakan Operasi Penangkapan Anjing Liar di sekitar kawasan SEDCO dan Gerai Pekan Nabawan. Operasi ini melibatkan seramai 8 orang kakitangan Majlis Daerah Nabawan dengan kerjasama dan bantuan daripada 3 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Nabawan. Hasil operasi yang dijalankan selama empat (4) hari berturut-turut, sebanyak 21 ekor anjing liar telah berjaya ditangkap. Pihak Majlis Daerah Nabawan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Majlis Daerah Nabawan serta pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Nabawan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan operasi ini. Kerjasama berterusan semua pihak amat dihargai dalam usaha memastikan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Pekan Nabawan sentiasa terpelihara.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG KRT KAMPUNG MURNI C NABAWAN NABAWAN

Majlis Daerah Nabawan telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung KRT Kampung Murni C Nabawan yang diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Majlis Daerah Nabawan telah diwakili oleh Puan Nur Amirah Binti Hasinin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, sebagai salah seorang Panel Juri Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung. Sesi penilaian melibatkan pemerhatian terhadap tahap kebersihan persekitaran, keceriaan kawasan, pengurusan landskap serta keadaan kemudahan dan persekitaran kampung. Usaha penduduk dalam menghias kawasan dengan elemen dan bendera sempena bulan kemerdekaan turut menyerikan suasana KRT Kampung Murni C Nabawan. Program seumpama ini dapat menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran, di samping memupuk semangat kerjasama serta rasa tanggungjawab bersama terhadap kawasan kediaman. Majlis Daerah Nabawan merakamkan penghargaan kepada KRT Kampung Murni C Nabawan atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Lihat Semua

Agensi Kerjasama

img KKTP
img KPKT
img JPKN
img SABAH.GOV
img JPAN
img SPAN
img INSAN